klik klik klik...

Wednesday, October 13, 2010

x habis2 buang bayi....

hampir setiap hari terdengar berita bayi dibuang..sayu hati melihat bayi-bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sebegini..geram dan marah sangat2 kepada mereka2 yang langsung tidak berperikemanusiaan ini..yang sanggup membuang bayi2 tidak berdosa ini...kes terbaru..di tempat sendiri..di Baling..ada jugak kes ni..sapa la yg punya angkara ni..dibuang dalam semak..syukur bayi ni selamat...

petikan harian metro 13 oktober 2010

Bayi ditinggal tepi semak

BALING: “Saya terkejut apabila dimaklumkan pekerja ada kesan darah pada daun dan objek bergerak berhampiran pagar,” kata Siti Hawa Osman, 45, yang menemui seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di tepi pagar Taska Mawaddah, Titi Teduri, Pulai, dekat sini, semalam.

Siti Hawa yang juga pemilik taska berkenaan, berkata dia dimaklumkan kejadian itu kira-kira jam 10 pagi ketika kanak-kanak di taska itu melakukan rutin pagi.

“Saya terkejut apabila melihat seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir dibalut tuala basah dan masih bernyawa,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, ketika ditemui, tali pusat bayi terbabit sudah dipotong dan terdapat kesan luka pada badannya dipercayai terkena duri dan ranting pokok di tepi pagar pusat asuhan kanak-kanak itu.

Katanya, seorang pekerja melalui tepi pagar sebelum ternampak kesan darah pada daun dan objek bergerak di tepi pagar itu.

“Setiap jam 7 pagi, saya menerima kanak-kanak yang dihantar hingga dijemput ibu bapa mereka pada jam 6 petang manakala pintu pagar berkunci dalam tempoh berkenaan,” katanya.

Menurutnya, sepanjang dua tahun mengusahakan taska itu, dia tidak pernah mengalami peristiwa seperti itu dan percaya bayi terbabit ditinggalkan di kawasan itu sebaik dilahirkan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan, berkata polis menerima aduan pengusaha taska berkenaan kira-kira jam 10 pagi sebelum anggotanya bergegas ke tempat kejadian.

Beliau berkata, bayi lelaki seberat tiga kilogram itu dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, kira-kira jam 4 petang semalam dan dilaporkan stabil.

“Kami masih mengesan suspek yang bertanggungjawab dan hingga kini tidak ada tangkapan dibuat,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

albi dalili says:

lebih kurang 9bulan lalu, tahun baru, atau boleh jadi valentine day kan. si wanita beri hadiah pada si lelaki kononnya bukti cinta mereka. last2 bukti cinta mereka yang lahir tu dibuang begitu shj. manusia begini, jika masih belum insaf, layak dikatakan sebagai bangang. *emosi..

tp kes buang bayi, zina ini adalah presented problem. the real problem is still there, belum dirawat secara efektif oleh manusia beragama (xkira golongan pendakwah, juga manusia yang mengaku muslim). malangnya, usaha amar makruf nahi mungkar ni dihalang oleh pihak tertentu, malah di support pula real prob ni dgn menyumbang aktiviti2 yg menjerumuskan remaja ke dalam kancah real prob begini.

agaknya, sampai bila kita akan sunyi dari real prob ni kalau kita sendiri tidak menjadi pendokong utk menghapus punca scara total?

*moga kita semua tergolong dalam golongan yg menegakkan Islam di muka bumi, khususnya Malaysia. ;) ameen Ya Rabb.

klik klik

Sponsors

Followers