klik klik klik...

Saturday, October 30, 2010

KEMALANGAN LAGI...KALI NI ORG BALING

PETIKAN DARI UTUSAN

7 maut kemalangan bas di Genting Highlands dibawa ke Baling

30/10/2010 10:34am

KUALA LUMPUR 30 Okt.- Kesemua tujuh yang maut dalam kemalangan bas pelancongan di KM38 Genting Sempah dekat sini malam tadi telah dibawa pulang ke kampung masing-masing di Baling, Kedah pagi ini.

Mereka terdiri daripada ketua rombongan Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28, yang merupakan seorang guru agama, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang semalam.

Sementara enam lagi terdiri daripada Mohammad Amirul Mohamat Isa, 13, Mohamad Khairy Mohamad Marzali, 14, Mohamad Yussof Akhil, 16, Mohamed Firdaus Rosedi, 16, Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17 dan Mohd Ridzuan Husin, 17 yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut jurucakap Hospital Sungai Buloh, jenazah kesemua mereka telah dituntut oleh keluarga masing-masing pada pukul 7.45 pagi tadi untuk dibawa pulang ke Baling dengan tujuh kereta jenazah.

Kesemua mereka terdiri daripada 44 anggota rombongan belia Kampung Baru Siong, Baling, Kedah yang dalam acara lawatan ke Genting Highlands sejak Khamis lepas. - Bernama

KESEMUA 7 YANG MENINGGAL SUDAH SELAMAT DIKEBUMIKAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM KG BARU, KG LALANG..SEMOGA ROH MEREKA DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA GOLONGAN YANG BERIMAN..

1 comment:

aNiS tHe BumbleBee said...

alfatihah...ada yg kita kenal2 x?



nah ambil award.:D http://anisthebumblebee.blogspot.com/2010/11/award.html

klik klik

Sponsors

Followers