klik klik klik...

Friday, June 11, 2010

petua-petua yang berguna dan sesuai dipraktikkan

PETUA PENJAGAAN BAYI Masalah cirit-birit selalu berlaku pada bayi yang di berikan susu formula. Selalunya ia terjadi kerana beberapa sebab.Antara sebabnya ialah bayi anda alah dengan susu lembu atau botol susu yang kurang bersih .Akibatnya bayi anda mungkin mengalami cirit-birit yang boleh menyebabkan suhu badan bayi menjadi panas dan kering kerana kehilangan banyak air. Selain daripada itu kawasan punggung bayi mungkin menjadi merah dan melecet. Apa yang anda perlu lakukan adalah ,selalunya doktor akan meminta anda menukar susu formula tersebut kepada susu berasaskan soya kerana ia lebih ‘lembut’ dengan perut bayi.Selain itu,lampin perlulah selalu ditukar.Hal ini kerana bayi akan berasa lebih selesa dan tidak merangsang kulit bayi yang terdedah dengan bahan kimia yang terkandung di dalam lampin pakai buang. Supaya lampin tidak lembap, anda boleh lapik lampin kain tadi dengan nappy liner.Sapukan krim atau gantikan dengan tepung ubi untuk mempercepatkan penyembuhan. Sesekali dedahkan atau biarkan bayi anda tidak memakai lampin supaya kawasan punggung tidak lembap.Selain dari itu, jangan gosok kawasan punggung bayi setiap kali mencuci kawasan tersebut. Hanya alirkan air bersih dan lap sahaja. Petua mengurangkan selsema pada bayi -Bayi yang masih kecil kalau selsema memang kadangkala sukar untuk bernafas.Kalau keadaan terlalu teruk, anda terpaksa membawa mereka ke klinik supaya kahak dan lendir tersebut di sedut atau di buang.Menurut ibu yang pernah mengalaminya, doktor menggunakan gas. Di farmasi juga ada di jual ubat titik atau drops untuk di titikkan dalam hidung bayi tetapi ia tak boleh diamalkan selalu.Jadi hari ini saya paparkan serba sedikit petua untuk hilangkan selsema pada bayi.Insyaallah,petua ini dapat membantu kurangkan selsema pada bayi anda… 1. Petua gunakan kapur sirih dengan kunyit - Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan kapur makan. Sapu di sepanjang batang hidung bayi . 2.Gunakan madu - Madu ini dapat membantu mengeringkan kahak.Oleh itu, campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu pada sedikit setiap hari. 3.Petua menggunakan daun sirih -Ambil beberapa helai daun sirih, ramas atau tekan-tekan daun tersebut dengan tangan dan ambil lendirnya.Kemudian sapu lendir sirih tersebut di sepanjang batang hidung bayi.

No comments:

klik klik

Sponsors

Followers