klik klik klik...

Wednesday, June 23, 2010

bermacam petua boleh dikongsi bersama

1) Petua hidung bayi tersumbat: Ambil beberapa sudu air bersih dan taruh dalam piring kecil dengan dicampurkan sedikit garam. Hancurkan garam itu dengan tangan supaya sebati dengan air tersebut. Kemudian usaplah air itu pada tulang hidung bayi itu perlahan-lahan ketika ia mahu tidur. Ulangi beberapa kali sehingga bayi itu terlelap, dengan cara ini anak anda akan tidur nyenyak dan tidak meragam. 2) Kembung Perut atau Senudung: Sirih dan pinang digunyah halus lalu disemburkan ke perut anak anda sambil membarutkannya. Ini diamalkan setiapmalam ketika anak itu masih kecil lagi. 3) Membuat Anak Cepat Bercakap Dan Pintar: Jika anda memasak nasi, dan ketika nasi sudah mendidih, awda akan dapati air pada nasi itu menggelagak atau mendidih dan mengeluarkan seperti buih (buyah), cuba sudukan buih (buyah) yang sedang menggelagak atau mendidih itu dan suapkan kepada anak yang baru berusia 2 minggu atau sebulan 4) Menjauhkan Tikus: Guntingkan daun pandan dan letakkan di tempat di mana tikus suka berkeliaran, ini akan membantu menjauhkan tikus kerana binatang tersebut tidak suka bau daun pandan. 5) Menjimatkan Lilin: Sebelum lilin digunakan, rendam lilin tersebut di dalam air yang dicampur dengan garam sekurang-kurangnya selama 2 malam, kemudian lilin itu hendaklah dijemur hingga kering. Setelah kering bolehlah digunakan. 6) Selusuh Beranak: Bagi melancarkan saat kelahiran atau selusuh bagi ibu-ibu yang baru saja mengandung anak pertama, orang-orang tuakita zaman dahulu mengamalkan meminum air rambut ketika mandi sepanjang tempoh penghamilan. Caranya ialah dengan mencuci rambut sehingga bersih dan air yang terakhir kita siramkan itu disambut sambil melurut dari rambut kita dan menyambutnya dengan tapak tangan, minumlah air tadi sebanyak 3 kali, berulang-ulang kita lakukan cara seperti tadi. 7) Ruam Lampin: BAGAIMANA BERLAKU? Ruam lampin adalah suatu reaksi yang berlaku pada kulit bayi akibat sentuhan kulit yang lama terhadap air kencing dan najis. Ini berlaku apabila bayi dibiarkan memakai lampin yang basah untuk jangka masa yang lama. Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan ruam lampin mudah terjadi ialah: Geseran antara dua permukaan kulit yang basah. Kesan enzim yang terdapat dalam najis merosakkan permukaan kulit. PH air kencing dan najis yang tidak sesuai dengan permukaan kulit menyebabkan berlakunya reaksi kulit. Apabila reaksi kulit berlaku, hilang keupayaan permukaan kulit sebagai pelindung–menyebabkan kerosakan bertambah teruk. Bahagian kulit yang biasanya terlibat ialah pada bahagian punggung, di sekeliling kemaluan dan bahagian atas paha. SIMPTOM Antara simptom-simptom ruam lampin ialah: Bahagian kulit berwarna kemerah-merahan dan kadangkala berkuping haIus. Kulit berasa kasar dan gatal. Bagi ruam yang teruk, terdapat luka luka kecil pada kulit, terutama pada bahagian lipatan kulit. Ini menyebabkan bayi merasa sakit dan menangis pada setiap kali basah (membuang air). Ruam lampin kerap kali dijangkiti oleh sejenis kuman kulat yang dipanggil Candida albican. Kulat ini biasanya terdapat di dalam najis bayi yang normal. Apabila berlaku jangkitan Candida pada ruam lampin, keadaan akan menjadi lebih teruk. Lampin bayi perlu ditukar dengan kerap apabila basah untuk mengelakkan ruam lampin. Jangkitan Candida akan bergerak lebih mudah ke bahagian kulit lain, terutama di bahagian leher, celah ketiak, di kelilingpunggung dan adakala sampai ke muka. Jangkitan berlaku apabila bayi menggaru dari satu bahagian kulit ke bahagian kulityang lain. Kulat ini juga suka hidup di bahagian kulit yang berpeluh seperti di lipatan-lipatan kulit. Tanda-tanda yang kelihatan apabila ruam lampin dijangkiti Candida ialah warna kulit yang kemerahan dan berkilat di kelilingi oleh bintik-bintik kulit yang berkuping. Keadaan ini sangat gatal dan bayi akan lebih banyak menggaru dan merasa gelisah. PENCEGAHAN Ruam lampin boleh dicegah dengan menyapu krim pelindung pada punggung dan di sekeliling kemaluan bayi sewaktu menukarlampin. Antara krim pelindung ini termasuklah campuran yang mengandungi zink oksida, jeli petroleum, minyak cod liner dan calamine. Ibu dinasihatkan agar mengelakkan dari menggunakan seluar dalam plastik dan lampin bayi perlu ditukar dengan kerap apabila basah. Lampin buatan baru yang lebih menyerap air adalah baik, tetapi harganya lebih mahal. Bagaimanapun, lampin jenis ini perlu diganti apabila permukaan kulit bayi didapati basah. RAWATAN Apabila bayi telah terkena ruam lampin, langkah yang paling baik ialah mengelakkan dari memakaikan lampin kepada bayi. Ini kerana permukaan kulit yang rosak lebih sensitif kepada geseran. Seboleh bolehnya biarkan bayi tanpa lampin dengan menutup bahagian kemaluan dan punggung dengan kain yang lembut dan longgar. Krim yang sesuai digunakan pada masa ini ialah yang mengandungi Hydrocortisone (1-2%) yang disapu di bahagian terlibat dua atau tiga kali sehari. Jika terdapat jangkitan Candida, gunakan krim pembunuh kulat seperti Nystatin atau krim Miconazole yang disapu tiga kali sehari. Bayi yang kerap mengalami ruam lampin perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk memastikan ia bukan jenis penyakit kulit yang serius. Elak ikan melekat ketika digoreng: Seringkah anda menghadapi masalah ketika mengoreng ikan? Anda hanya perlu memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan yang sedang digoreng. Selamat mencuba. 9) Melegakan selsema bayi Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak. Sumber dr….:internet

No comments:

klik klik

Sponsors

Followers